LG Mengesahkan Telefon Akan Datang Mereka Bakal Dikenali Sebagai LG Wing

LG kini mengesahkan yang mana telefon pintar akan datang mereka bakal dikenali sebagai LG Wing. Telefon pintar ini akan diperkenalkan secara rasmi pada 14 September kelak.

LG Wing

LG mengatakan LG Wing merupakan produk pertama dibawah Explorer Project – salah satu usaha LG untuk hadir dengan kategori peranti yang menawarkan kaedah interaksi baru bersama pengguna. Ia juga mengambil kira evolusi penggunaan dan keperluan pengguna harian pada masa kini.

Mengikut ketirisan sebelum ini, LG Wing ini dilihat akan menawarkan bentuk dwi-skrin berputar – membolehkan skrin diputarkan sehingga 90-darjah, dan menawarkan bentuk paparan seumpama huruf “T”.

LG menjadualkan 14 September ini untuk pengenalan peranti ini, dimana kita boleh melihat lanjut mengenai konsep penggunaan dalam kehidupan harian pada acara berkenaan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*