LG PuriCare 4-WARD Tankless Water Purifier Dilancarkan – Harga Bermula RM5300

LG Electronics Malaysia hari ini memperkenalkan penapis air terbaru mereka iaitu LG PuriCare 4-WARD Tankless Water Purifier. Penapis ini hadir dengan teknologi tanpa tangki bertujuan untuk menyediakan air minuman yang bersih dengan lebih praktikal. Dalam erti kata mudah, pengguna akan dapat menikmati air minuman secara terus daripada paip tanpa menerusi sebarang tangki yang berpotensi berlakunya pembiakan bakteria.

LG PuriCare 4-WARD Tankless Water Purifier hadir dengan rekaan yang kompak bersama selebar 17cm sahaja yang dilihat dapat menjimatkan ruang. Selain itu, ia juga hadir dengan muncung paip yang boleh dilaras secara automatik. Ia boleh dilaraskan sehingga 180 darjah – termasuklah ke atas , bawah, kiri dan kanan. Difahamkan, ia juga boleh mengesan ketinggian kedudukan gelas yang diletakkan untuk mengelakkan masalah percikan air.

Seterusnya, penapis air ini juga hadir dengan fungsi kawalan sesentuh yang boleh digunakan untuk mengawal suhu air, menetapkan kuantiti air mengikut keperluan dan memeriksa status penapis melalui petunjuk tersedia. Untuk lebih mudah, penapis air ini juga boleh dihubungkan dengan aplikasi khas untuk pemberitahuan secara terus ke peranti pintar. Melaluinya, pengguna boleh memantau pelbagai maklumat termasuklah berkaitan kuantiti penggunaan air harian dan banyak lagi.

Bagi yang berminat, LG PuriCare 4-WARD Tankless Water Purifier hadir dalam tiga pilihan warna iaitu White, Classic Silver dan Shinny Rose. Untuk penawaran harga, versi berwarna putih dijual pada harga RM5,300. Manakala, versi berwarna Classic Silver dan Shinny Rose pula berharga RM5,600. Sebagai pilihan, anda juga boleh membeli penapis ini secara ansuran dengan harga RM130/bulan untuk versi White, dan RM140/bulan untuk Classic Silver dan Shinny Rose.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*