LG Q92 5G Rasmi Dengan Snapdragon 765G, 4 Kamera Dan Skrin 6.67 Inci LCD

LG Q92 5G

LG melancarkan telefon pintar kelas pertengahan LG Q92 5G. Ianya merupakan model alternatif yang lebih murah daripada LG Velvet 5G dan merupakan telefon 5G pertama dalam siri LG Q.

Dengan harga jualan KRW 499,000 (Sekitar RM1799), LG Q92 5G hadir dengan skrin LCD FHD+ bersaiz 6.67 inci dengan lubang takuk diatasnya untuk kamera selfie 32MP. Ia dikuasakan oleh Snapdragon 765G dan tersedia dengan 6GB RAM dan storan dalaman sebesar 128GB.

Di bahagian belakang telefon ini terdapat empat kamera yang diketuai oleh sensor 48MP. Ia dipadankan bersama bersama kamera sudut lebar 8MP, sensor kedalaman 5MP dan kamera makro 2MP. LG juga memasang pengimbas cap jari di sisi serta penilaian IP68 dan MIL-STD 810G untuk kalis air dan tahan lasak.

LG Q92 juga hadir dengan bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas 15W melalui USB-C. Telefon ini juga mempunyai pembesar suara stereo, slot kad MicroSD, Bluetooth 5.0, dan NFC.

Telefon ini akan mula dijual pada 26 Ogos di Korea Selatan tetapi belum ada berita mengenai ketersediaan untuk pasaran antarabangsa.

Write a Comment

view all comments

*