LG V40 ThinQ Dilancarkan Secara Rasminya – Hadir Dengan 5 Kamera

LG hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka secara rasminya, iaitu LG V40 ThinQ. Menjadi fokus pada peranti ini adalah sokongan kameranya, dimana ia menyertakan sejumlah 5 kamera bersama-sama dengannya.

LG V40 ThinQ hadir dengan dwi-kamera hadapan yang mengabungkan kamera 8-megapixel dan 5-megapixel bagi membolehkan anda merakamkan gambar dengan sokongan rakaman sudut-luas. Sementara, pada bahagian belakang LG menyertakan tiga buah kamera.

LG V40 ThinQ

Tiga kamera yang disertakan menyertakan ciri-ciri berbeza – dimana yang pertama merakamkan gambar dalam bentuk biasa, yang kedua untuk rakaman sudut-luas, dan yang ketika menawarkan sokongan zoom optikal 2x. LG turut menyertakan sokongan Triple Shot yang merakamkan gambar menggunakan ketiga-tiganya, atau pengguna turut boleh memilih untuk merakamkan mengikut mod individu untuk kamera berkenaan.

Dari segi spesfikasi lain, ia hadir dengan skrin 6.4-inci QuadHD, cip Snapdragon 845, memori 6GB RAM dan storan sehingga 128GB. Ia turut hadir dengan bateri 3300mAh, dan menjalankan sistem operasi Android 8.1 Oreo.

Selain kamera, LG juga turut menawarkan kualiti audio yang baik melalui telefon pintar ini, dimana ia menyertakan sokongan 32-bit Hi-Fi Quad DAC, selain mengekalkan sokongan bicu audio.

Harga jualan untuk telefon pintar ini masih belum diumumkan buat masa ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.