Berita Menarik

LG V50 Tertiris – Memperlihatkan Tri-Kamera Belakang, Sokongan 5G, Skrin Bertakuk

Pembaca : 14
0 0

LG sedia menjadualkan untuk pengenalan peranti baru mereka pada 24 Februari ini bersempena MWC 2019. Kini, selari dengannya, @evleaks hari ini berkongsi gambar baru memperlihatkan rekaan peranti LG V50.

LG V50

LG V50 dilihat akan menawarkan sokongan rangkaian 5G bersama-sama dengannya. Jikalau mengikut apa yang dikongsikan pihak LG sebelum ini, ia akan menyertakan bateri berkapasiti 4000mAh bersama-sama dengannya.

Selain daripada itu, melalui gambar tertiris ini juga, ia memperlihatkan rekaan bertakuk dihadapan, penyertaan pengimbas cap jari dibelakang, selain sokongan tri-kamera dibelakang. LG masih mengekalkan penggunaan jenama ThinQ pada telefon pintar ini – menandakan integrasi kecerdasan buatan bersama-sama dengannya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 24 Februari ini untuk mendengar lanjut mengenai telefon pintar terbaru daripada LG ini.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.