LG Wing Kini Rasmi Dengan Dwi-Skrin Berputar Dan Mod Gimbal

LG Wing akhirnya dilancarkan secara rasmi semalam selepas kesemua maklumat dan rekaannya tertirs ke arena web lebih awal. Ia merupakan peranti pintar dwi-skrin pertama di pasaran bagi membolehkan dua aplikasi dijalankan serentak tanpa halangan.

Dari segi spesifikasi skrin utama adalah sebesar 6.8″ pOLED FHD+ dan skrin sekunder pula sebesar 3.9″ yang bernisbah hampir 1:1. Ia djana cip Snapdragon 765G, memori sebesar 8GB RAM, memori sebesar 256GB dan bateri sebesar 4000 mAh yang menyokong pengecasan 27W.

Skrin utama diputar secara manual oleh pengguna apabila diperlukan dan menurut LG dalam ujian makmal, mekanisme putaran mampu bertahan digunakan sehingga 200,000 kali. Walaupun peranti tidak mempunyai piawaian IP68, ia masih mempunyai ketahanan kalis percikan air serta sedikit debu.

Kamera utama dilengkapi tiga sensor iaitu 64+13+12 megapixel. Kamera hadapan 32 megapixel pula adalah dari jenis pop naik. Tetapi sistem yang disokong adalah sedikit unik. Sensor utama 64 dipadankan dengan lensa sudut lebar, 13 megapixel dengan lensa sudut lebar juga dan 12 megapixel dengan lensa ultra sudut lebar dengan mod gimbal. Menurut LG lensa sudut lebar kedua dipadakan dengan sensor berpixel besar.

Dalam mod gimbal peranti boleh dipegang menegak dengan skrin utama diputar 90 darjah. Ia seakan memegang sebuah kamera aksi bertangkai. Pengguna kemudian boleh menggunakan kayu kawalan maya pada skrin sekunder untuk mengikuti pergerakan subjek tanpa kamera digerakkan dari posisi asal.

Bercakap mengenai skrin sekunder, terdapat beberapa aplikasi yang penggunaan dwi skrin serentak seperti Youtube, Google Photos, Asphalt 9 dan Google Maps. Skrin sekunder akan memaparkan kawalan media, kawalan suntingan video dan juga digunakan untuk melakukan panggilan telefon atau sebarang aplikasi kedua yang diinginkan.

Pada waktu ini LG Wing masih belum diumumkan harga jualannya tetapi yang pasti ia ditawarkan dalam warna Aurora Gray dan Illusion Sky.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*