LG nampaknya tidak menyerah kalah dalam arena peranti mudah-alih, dan terus hadir dengan beberapa penawaran baru. Terkini, mereka telah melancarkan LG X5 (2018) di Korea Selatan, sekaligus memberikan pilihan peranti berspesifikasi rendah kepada pengguna.

LG X5 2018

LG X5 hadir dengan skrin 5.5-inci dengan resolusi HD, dilengkapi cip MediaTek MT6750, memori 2GB RAM, dan storan 32GB eMMC. Ia turut hadir dengan kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan LED, selain kamera hadapan 5-megapixel dengan pencahayaan LED lembut.

Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah sokongan bateri 4500mAh yang menawarkan masa penggunana lama. LG turut menyertakan sokongan LG Pay untuk pembayaran nirtunai melaluinya.

Buat masa ini, ia hanya ditawarkan di Korea Selatan sahaja, pada harga KRW363,000 iaitu sekitar RM1314 – yang mana boleh dikatakan sedikit berharga untuk peranti berspesifikasi sedemikian.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.