LinkedIn Turut Menguji Ciri “Stories”

Bentuk perkongsian kandungan dalam bentuk “Stories” telah dipopularkan oleh pihak Snapchat beberapa tahun lepas. Lanjutan daripadanya, ia turut mula diintegrasikan pada pelbagai perkhidmatan sosial lain, termasuk popular di Instagram, Facebook dan WhatsApp.

Terbaru, turut menguji ciri lebih kurang sama adalah LinkedIn. LinkedIn mengatakan mereka sedang menguji LinkedIn Stories secara dalaman, dan akan memperkenalkan ia kepada pengguna lain dalam bulan-bulan akan datang.

LinkedIn mengatakan langkah ini akan memudahkan lagi perkongsian sejumlah kandungan – termasuk berkaitan acara, persidangan, dan sebagainya. Malah, generasi baru lebih selesa dengan kandungan berbentuk seumpamanya berbanding perkongsian biasa.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan Stories di LinkedIn tidak lama lagi.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*