Logitech merupakan suatu nama yang tidak asing lagi dalam penawaran aksesori. Terkini, hari ini mereka telah mengumumkan sebuah papan kekunci baru, dinamakan sebagai Logitech G Pro Mechanical Gaming Keyboard.

Logitech Gaming Keyboard

Memfokuskan kepada para peminat permainan video dan e-sukan, ia menawarkan rekaan kompak dan dikatakan menawarkan kepantasan 25% lebih laju daripada switch papan kekunci mekanikal biasa, dan menawarkan ketahanan 40% lebih lama.

Logitech turut mengatakan ia dioptimasikan untuk e-sukan, membuatkan ia tidak menyertakan sokongan input nombor tambahan yang selalunya diletakkan pada bahagian kanan papan kekunci.

Sokongan lain seperti lampu RGB dan kebolehan menanggalkan kabel turut disertakan pada papan kekunci ini.

Buat masa ini, harga jualan papan kekunci ini di Malaysia masih tidak diketahui lagi.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.