TechSemut Malaysia

Lucid Motors Bakal Menggegar Dunia Permotoran Elektrik

Lucid Motors Bakal Menggegar Dunia Permotoran Elektrik

Lucid Motors Bakal Menggegar Dunia Permotoran Elektrik
Januari 26
11:24 2017

Lucid Motors merupakan antara startup terbaharu yang diasaskan di California yang bakal melancarkan sebuah kereta sport elektrik yang cantik, dinamik dan menarik. Di bawah seliaan bekas ketua jurutera Tesla Model S, Peter Rawlinson merangkap Ketua Pegawai Teknikalnya, syarikat itu dilihat mampu mencabar cengkaman Tesla Motors dalam pasaran kereta elektrik mewah.

lucid_laautoshow2-0

Lucid Motors Bakal Menggegar Dunia Permotoran Elektrik

Lucid Motors mempamerkan prototaip kereta sport elektrik itu di pameran kereta Los Angeles baru-baru ini. Peranan Peter Rawlinson adalah untuk memikirkan semula senibina kereta, satu tugas yang menjadi impian para jurutera. Beliau percaya jentera elektrik mampu membuka pintu kepada pelbagai rekabentuk yang tidak pernah dibuat sebelum ini.

Pendekatan syarikat itu adalah untuk mereka sebuah sedan saiz sederhana yang rasa seperti sebuah kereta yang besar. Prototaip mereka kini bersaiz lebih besar sedikit dari Mercedes E Class, tetapi lebih pendek, kurang lebar dan lebih rendah dari Tesla Model S dan mempunyai saiz ruang dalaman setanding Mercedes S Class.

Lucid Motors bersama beberapa lagi startup seperti Karma, NextEV dan Faraday Future berlumba-lumba dalam mencabar penguasaan Tesla. Hasil dari persaingan ini, “peperangan” kuasa kuda elektrik semakin rancak dengan kereta sport elektrik Lucid mampu menghasilkan 1,000 kuasa kuda dan memecut dari 0 – 100 di bawah 3 saat.

Lucid Motors

Minggu ini juga, NextEV mendakwa kereta elektrik keluaran mereka mampu menghasilkan 1,390 kuasa kuda. Semua ini adalah sebahagian dari perlumbaan untuk menghasilkan kereta yang mampu bergerak lebih laju dan jauh menggunakan teknologi bateri terbaharu.

Lucid, sepertimana pengeluar kereta yang lain melihat kepada siri perlumbaan FIA Formula E bagi mencapai matlamat itu. Ia akan menjadi pembekal tunggal pek bateri kepada siri perlumbaan itu dengan kerjasama McLaren Applied Technologies dan Sony untuk menghasilkan sistem bateri untuk musim 5 dan 6 yang dijadualkan berlangsung dalam 2 tahun lagi. Rawlinson berkata bateri itu akan dapat bertahan dua kali bateri sekarang dan boleh bertahan sepanjang perlumbaan Formula E tanpa dicas semula.

lucid_laautoshow3

Kereta tersebut dijadualkan untuk pelancaran pada tahun 2018. Pada tahun pertama Lucid merancang untuk menghadkan pengeluarannya kepada 8,000 hingga 10,000 unit untuk mengekalkan kualiti dan bercadang untuk meningkatkan pengeluaran sehingga 50,000 hingga 80,000 unit setahun. Di samping itu mereka merancang untuk memperkenalkan varian-varian platform yang lain. Satu sasaran yang tinggi untuk sebuah syarikat yang masih belum menjual kereta pertamanya.

Apapun, kami mengucapkan semoga berjaya dalam perancangan mereka. Persaingan sihat antara pengeluar kereta elektrik hanya akan mendatangkan kemajuan dalam bidang ini. Diharap selepas ini persaingan harga pula dapat berlangsung bagi membolehkan lebih ramai pengguna memiliki kereta elektrik.

img_6552

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com