Manusia telah mula melukis sejak puluhan ribu tahun yang lalu. Lukisan dinding gua menjadi bukti leluhur kita mempunyai bakat seni tersendiri. Di Indonesia, lukisan figuratif tertua dunia telah ditemukan dengan anggaran usianya sekitar 45,500 tahun.

Lukisan seekor babirusa ini ditemukan dalam gua Leang Tedongnge yang terletak di Sulawesi Indonesia. Saintis menggunakan teknik siri-Uranium untuk melakukan anggaran usia. Secara lazimnya proses mengesahkan usia lukisan gua purba sukar dilakukan tetapi deposit batu kapur di atas lukisan membolehkan ujian dilakukan. Kerana lukisan wujud sebelum deposit batu kapur, ia mungkin berusia sekurang-kurangnya 45,500 tahun.

Dengan pengesahan ini, lukisan gua Leang Tedongnge mengambil tempat lukisan gua yang turut ditemukan di Sulawesi yang dianggar berusia 43,900 tahun. Sungguhpun begitu ahli saintis percaya lukisan lebih tua wujud kerana Sulawesi telah diduduki manusia sejak 60,000 tahun lalu.

Jadi apakah lukisan figuratif dan bezanya dengan lukisan gua biasa? Lukisan figuratif menyerupai bentuk objek di dunia sebenar seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Manusia awal menggunakan bahan oker untuk melukis di dinding gua dengan motif memburu. Jadi apakah pula lukisan tertua dunia? Rekod ini dipegang oleh lukisan dinding gua Maltravieso di Sepanyol dengan anggaran usia 64,000 tahun.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.