Panasonic LUMIX GF9 adalah satu lagi variasi model kamera digital dibawah siri Lumix GF keluaran syarikat Panasonic. Kamera kompak DSLM (digital single lens mirrorless) ini dilengkapi dengan sensor 16 megapixel dan lensa yang boleh ditukar.

Kamera yang ditawarkan dengan pilihan warna merah jambu, perang, perak dan hitam ini dikuasakan dengan sensor Live MOS. LUMIX GF9 menawarkan sokongan rakaman pada pelbagai kadar sensitiviti ISO sehingga 25600 dan hadir dengan paparan LCD skrin sesentuh sebesar 3 inci yang boleh diselaraskan sehingga 180 darjah yang sesuai untuk merakam wajah sendiri atau selfie.

Disamping itu, kamera ini mampu merakam video pada resolusi sehingga 4K. Kamera ini turut hadir dengan sokongan WiFi bagi memudahkan pengguna memudahkan pengguna memindahkan gambar terus ke telefon pintar dengan menggunakan aplikasi khas.

ekselen.my

sumber : http://ekselen.my/

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.