MacBook Air Baharu Dengan Papan Kekunci Magic Diumumkan – Harga Bermula Dari RM4399

Apple akhirnya mengemaskini MacBook Air hari ini secara mengejut dan seperti beberapa ramalan sebelum ini hadir dengan papan kekunci Magic. Papan kekunci ini menggunakan semula mekanisme gunting menggantikan mekanisme kupu-kupu yang bermasalah.

Dari segi spesifikasi, MacBook Air baharu dilengkapi 13.3-inci Retina DIsplay, dijana cip sehingga Intel Core i5 generasi kesepuluh, memori sebesar 8GB LPDDR4X RAM, storan sehingga 512GB SSD. Ia masih lagi hanya dilengkapi dua port Thunderbolt 3 berbentuk USB-C pada bahagian sisi kanan dan pengimbas cap jari Touch ID terbina pada butang kuasa.

Di Malaysia MacBook Air ditawarkan pada harga RM4399 untuk model dengan cip Intel Core i3 dan RM5599 untuk model dengan cip Intel Core i5.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*