MacBook Pro 16 Disahkan Menggunakan Papan Kekunci Yang Sama Seperti Magic Keyboard

Minggu lalu Apple MacBook 16 dilancarkan dengan spesifikasi lebih mantap, storan terbesar pada komputer riba dan papan kekunci baharu yang menggantikan kekunci mekanisme kupu-kupu yang bermasalah. Apple berkata papan kekunci mekanisme gunting kini digunakan kerana ia disahkan tiada masalah.

iFix telah melakukan pembongkaran komponen komputer riba ini dan mendapati papan kekunci yang digunakan adalah sama seperti pada Magic Keyboard. Tiada perbezaan pada mekanisme gunting dan kubah butang kekunci. Malahan mereka percaya ini adalah rekaan yang hampir tiada perbezaan dengan kekunci MacBook terdahulu sebelum pengenalan kekunci kupu-kupu lima tahun yang lalu.

Dengan kekunci baharu ini, pergerakan menegak setiap butang tidak lagi cetek sekaligus membuatkan proses menaip lebih selesa. Tambahan lagi rekaan kekunci yang dikitar semula ini lebih tahan lasak untuk menghalang kotoran dari memasuki ruangan bawah kubah butang.

Jelas sekali Apple melakukan kesilapan besar menggunakan kekunci kupu-kupu bagi menghasilkan komputer riba yang lebih nipis. Rekaan lama mereka jauh lebih baik dan ternyata tiada masalah.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.