Macotakara: iPhone 9 Mungkin Akan Hadir Dengan Face ID, Rekaan Bezel Nipis & Kamera Yang Lebih Besar

Tahun ini Apple dikhabarkan akan melancarkan pengganti iPhone SE, yang mungkin diberi nama iPhone 9. Terdapat tujuh model iPhone berbeza yang mungkin akan dilancarkan dengan model 4G dan 5G dikira secara berasingan. Hari ini ada satu berita yang mengejutkan, yang mana imej pengolokan yang tertiris sebelum ini mungkin adalah satu penipuan atau manipulasi.

Menurut Macotakara, ramai pembekal Apple yang hadir di acara CES 2020. Mereka telah berbual dan menerima informasi yang mengejutkan. Menurut laporan Macotakara, iPhone 9 mungkin tidak akan menyertakan sokongan Touch ID, sebaliknya adalah Face ID. Kemudian, rekaan dikatakan masih kekal seakan iPhone 8 – tetapi skrin adalah 5.4-inci bukannya 4.7-inci. Secara tidak langsung akan memberikan rekaan bezel yang nipis.

Saiz kamera juga dikatakan adalah leboh besar dari iPhone 7 atau iPhone 8 dan iPhone 9 ini akan dijana dengan cip Apple A13 Bionic yang sedia berkuasa sekarang. Disebabkan itu, harga jualan mungkin adalah mahal – ada laporan mengatakan mungkin akan mencecah sehingga $599 (~RM2440). Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.