Berita Menarik

Magisk Canary Dikemaskini Dengan Sokongan “Root” Untuk Android 11

Pembaca : 12
0 0

Magisk adalah aplikasi mengubahsuai sistem operasi Android, untuk memberi akses kebenaran tambahan kepada pengguna. Magisk adalah alternatif lebih mudah untuk pengguna Android root peranti mereka. Dengan hanya satu aplikasi, ia boleh melakukan pelbagai perkara seperti menyembunyikan aplikasi daripada dikesan peranti sudah diroot, memasang pelbagai fail modifikasi sistem Android dan juga menyemak tahap keselamatan sistem Android.

Terkini, Magisk Canary – iaitu versi percubaan telah dikemaskini untuk digunakan pada peranti yang menjalankan Android 11. Bukan itu sahaja, pembangun Magisk John Wu turut berjaya melepasi sekuriti SafetNet tanpa sebarang masalah. Dalam Android 11, Google telah mengemaskini API SafetyNet dengan menggunakan kunci pengakusaksian untuk mengesahkan status sekuriti peranti. Jadi peranti tidak boleh lagi menggunakan MagiskHide. Jadi tidak pasti, sampai bila Magisk Canary ini boleh digunakan pada peranti Android 11 dan berapa masa lagi Google akan kemaskini sekuriti mereka.

Bagi yang berminat, anda hanya perlu muat turun aplikasi Magisk Canary melalui pautan di bawah atau memalui aplikasi Magisk Manager – cari pilihan untuk berhijrah dari versi stabil ke versi Canary. Perlu diingatkan Canary adalah versi percubaan, jadi akan ada banyak pepijat. Menurut laporan XDA, pengguna Pixel 2 tidak berjaya menggunakan versi Magisk ini.

Muat Turun Magisk Canary Di Sini

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.