Main Fortnite dalam Samsung Galaxy Note9 tak lag

Share Button

Mod bertempur beramai-ramai pada satu platform bukanlah genre baru di peranti pintar. Sebelum ini terdapat banyak ‘game’ seperti Rules of Survival dan PUBG yang sedia dimainkan pada bila-bila masa di Android.

Kini, Fortnite pula sedang menunjukkan taringnya di pasaran telefon pintar. Apa yang menariknya? Permainan mudah alih ini membawakan mod Battle Royale daripada PC secara terus ke Samsung Galaxy Note9. Ia boleh dikatakan pengalaman Battle Royale yang tidak mengecewakan.

Lagi-lagi bermain menggunakan Note9 membangkitkan senyuman lebar, nak tahu kenapa?

Ia mempunyai peta yang sama, kandungan sama, ‘unlockables’, sesi permainan dan kemas kini mingguan. Game ini pula memang eksklusif pada Samsung Galaxy Note9.

Konsepnya mudah difahami, anda bersaing bersama 99 lagi pemain lain di seluruh dunia di pulau terpencil. Bagi meneruskan hidup, anda perlu mencari senjata dan kelengkapan yang terdapat dalam bangunan.

Menggunakan Samsung Galaxy Note9, Sam boleh bermain Fortnite bagi tempoh yang lama tanpa memberi kesan kepada fon, kenapa?

Note9 mempunyai prestasi penyejukan 21% lebih baik ditambah RAM pada 6GB atau 8GB memang terlebih cukup untuk mengoperasikan permainan Fortnite.

Sudah masuk level 32 untuk Fortnite pun kemudahan skrin 6.4 inci AMOLED menjanjikan paparan yang lancar dan langsung tidak ‘lg’ ketika bermain permainan ini.

Muat turun game ini bukanlah dari Android Play tapi Sam perlu masuk ke laman khas terlebih dahulu dan game ini pun jumlah storannya 2GB tapi langsung bukan masalah besar terutama storan 256GB atau 512GB yang banyak pada Note9.

Warna pada paparan memang nampak cantik dengan peratusan kecerahan dan kontras memang elok tanpa menyakitkan mata.

Refresh rate pada Samsung Galaxy Note9 pada kadar 90 hingga 120Hz memang langsung tidak mencacatkan permainan yang ada.

Pendek kata, bermain dengan grafik tinggi tidak mendatangkan masalah terutama jika game itu sendiri berat.

Berdasarkan bateri paling besar untuk siri Note iaitu 4000mAh, game Fortnite dengan motion atau pergerakan nampak seimbang dan laju.

Tapi yang membezakan ia daripada Battle Royale lain ialah kebolehan pemain untuk ekstrak bahan daripada bangunan itu bagi membina kubu anda sendiri di mana saja. Lebih mengejutkan dan tidak masuk akal, kubu itu boleh dibina setinggi bangunan pencakar langit.

Perlu diingatkan di sini, Epic membolehkan pemain untuk berlawan dengan mereka di platform berbeza seperti PC dan konsol. Ini mungkin agak merisaukan kerana pemain di PC akan mempunyai kelebihan.

Tapi lebih mengejutkan, ia berkesan. Semua butang kawalan ada di skrin jadi anda boleh gunakan jari untuk mengawal kamera dan menekan pelbagai butang bagi mengaktifkan senjata.

Dari segi visual, ia bukan saja cantik tapi Epic meletakkan satu ciri yang menarik iaitu bunyi tapak kaki yang boleh didengar dari audio. Selain itu, anda juga boleh melihat dari arah mana tembakan dibuat jadi ada lebih masa untuk bertindak balas kepada serangan.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.