Majlis Apresiasi Sains, Teknologi dan Inovasi MESTECC

SERDANG 13 November 2019: Bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), telah berlansung majlis Majlis Apresiasi Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) anjuran Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) pada 13 September 2019 untuk menghargai komitmen dan kerjasama rakan strategik Minggu Sains Negara 2019 di seluruh Malaysia.

Majlis tersebut dilaksanakan bertujuan untuk menghargai penglibatan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Minggu Sains Negara (MSN) 2019 dan mengeratkan lagi kerjasama serta hubungan baik antara Kementerian, Agensi Pelaksana dan Rakan Strategik MSN 2019.

Majlis Apresiasi STI disempurnakan oleh YB Menteri Puan Yeo Bee Yin, yang turut berbesar hati melancarkan Cofee Table Book MSN 2019 yang menghimpunkan semua aktiviti, coretan dan peristiwa sepanjang MSN 2019.

Dalam ucapan beliau, YB Menteri berkata, Minggu Sains Negara (MSN) 2019 menyaksikan pencapaian yang sangat memberangsangkan dengan penglibatan sebanyak 928,206 pelajar-pelajar sekolah dan masyarakat umum, berbanding 88,018 pada tahun 2018.

Minggu Sains Negara pada tahun ini merupakan edisi kedua penganjurannya selepas julung-julung kalinya diadakan pada tahun 2018, telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 2 April 2019 dengan tema “Sains Untuk Kesejahteraan”. Tema ini dipilih kerana ia memberi mesej dan kesedaran betapa sains dan teknologi memainkan peranan yang besar dan penting dalam mencapai kesejahteraan Negara dan rakyat secara keseluruhannya iaitu dalam aspek ekonomi, sosial dan kelestarian persekitaran.

Dalam majlis tersebut, Akademi Sains Malaysia yang dinobatkan sebagai Agensi Peneraju Terbaik, Minggu Sains Negara 2019. Selain itu, majlis itu juga merupakan platform pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang oleh juruteknik (sains) dan saintis muda yang menjalankan tugasan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang berkaitan STI.

Majlis tersebut turut mmberikan penghargaa khas kepada mantan Ketua Setiausaha MESTECC, Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Bin Hj. Yahaya yang mencetuskan idea Minggu Sains Negara.

Turut hadir YB Isnaraissah Munirah Majilis, Timbalan Menteri MESTECC, YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar bin Haji Yahaya, Mantan KSU MESTECC merangkap Penasihat Jawatankuasa Minggu Sains Negara 2019, YBrs. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains, Teknologi dan Inovasi) MESTECC dan YBrs. Puan Noor Afifah Abdul Razak, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga), MESTECC.

Berikut disenaraikan penerima-penerima anugerah sempena majlis berlansung.

(1) Hadiah Agensi Peneraju Terbaik Penganjuran Minggu Sains Negara 2019

Akademis Sains Malaysia Penganjuran Minggu Sains Negara 2019 Peringkat Negeri Johor.

(2) Anugerah Saintis Muda Negara (Sains Fizikal) 2019 – Dr. Ir. Lai Chin Wei,
KajianSolar Energy Technology and Environmental Pollution Management,
InstitusiNanotechnology & Catalysis Research Centre, Deputy Vice Chansellor (Research and Innovation) Office, University Malaya;

(3) Anugerah Saintis Muda Negara (Sains Hayat) 2019 – Profesor Madya Dr. Show Pau Loke,
Kajian – Waste To Wealth: Bio products Recovery From Microalgae For Biofuel And Bioenergy Production Using Liquid Biphasic System,
Institusi – Department of Chemical & Environmental Engineering, Faculty of Science and Engineering, University of Nottingham Malaysia

(4) Anugerah Juruteknik (Sains) Negara 2019 – Encik Mohd Nor Bin Mohd Rosmi
Kajian
A Nano Vesicle for Carrying a Substance and a Method of Preparing Thereof
Institusi – Pusat Penyelidikan Bioteknologi & Nanoteknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI);

(5) Hadiah Pertandingan Video Minggu Sains Negara 2019

Kategori Sekolah Menengah

  1. Tempat Pertama : SMK Lahat, Ipoh
  2. Naib Johan : SMK Seri Ampang
  3. Tempat ketiga : SMK Datuk Abd Rahman Yaakob, Bota

Kategori Sekolah Rendah

  1. Tempat Pertama : SJK Tan Chen Lock, Subang Jaya
  2. Naib Johan : SK Sik, Kedah
  3. SK Bukit Jalil, KL

*Gambar-gambar sempena majlis berlansung, ihsan facebook MESTECC

sumber asal : www.majalahsains.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.