TechSemut Malaysia

Makhluk Asing? Wujud atau Tidak?

Makhluk Asing? Wujud atau Tidak?

Makhluk Asing? Wujud atau Tidak?
Januari 27
01:30 2017

eG9nODdsMTI=_o_extraterrestre---trailer-1-nacho-vigalondo-2012-hd

Pada bulan September 2015, ahli astronomi telah mengkaji pancaran cahaya sebuah bintang bernama KIC 8462852. Dibandingkan dengan saiz KIC dan planet-planet sekitarnya, bintang tersebut mempunyai saiz yang jauh lebih besar. Justeru, jika terdapat sebarang planet yang melintasi di depannya, gangguan pancaran cahaya yang tiba ke teleskop saintis sepatutnya amatlah kecil. Bahkan jika planet Jupiter melintasi matahari sekalipun, gangguan cahaya hanya berlaku pada kadar 1%. Namun, saintis dapati gangguan cahaya yang berlaku pada KIC sangat tinggi iaitu sebanyak 22%. Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Perkara ini mendapat liputan meluas di kalangan media-media barat kerana terdapat saintis yang berpendapat, kemerosotan melampau ini mungkin disebabkan suatu tamadun asing yang wujud di luar sistem solar kita. Iya, pastinya terdapat alasan lain yang kurang sensasi dari alasan makhluk asing. Terdapat saintis yang menyanggah idea tersebut, sebaliknya ia di sebabkan oleh lintasan komet di angkasa raya.  Namun, ia tidak dipersetujui oleh Bradley Schaefer daripada University of Louisana State. Setelah membentangkan data-data, beliau mendakwa penurunan tersebut bukannya perkara yang abru sahaja berlaku, sebaliknya telah berlarutan sejak 100 tahun yang lepas. Menurut kiraannya, sebanyak 650,000 komet diperlukan pada waktu ini bagi menyebabkan penurunan sebanyak 22% di mana menurut Schaefer ia sesuatu yang “completely Implausible”.

Kajian berkenaan makhluk asing bukan perkara baru dalam tamadun manusia. Sejak tahun 1960 lagi seorang ahli astronomi bernama Frank Drake telah melakukan eksperimen pertama di Search for Extraterrestrial Intelligence (SETI) bagi menjejaki makhluk asing yang mungkin wujud selain manusia. Namun, sejak daripada tahun tersebut hinggalah kini, tidak ada sebarang penemuan yang berjaya di temui oleh saintis-saintis di SETI.

Usaha menjejaki makhluk asing kini bakal berubah apabila pada Februari 2016, seorang jutawan Russia Yuri Milner telah melabur sebanyak 100 juta USD bagi membiyai projek-projek memburu makhluk asing sekaligus menjadikan ia sebuah pelaburan terbesar pernah berlaku dalam sejarah manusia. Projek tersebut bernama Breakthrough Listen dan akan di jalankan selama 10 tahun dan mendapat kerjasama daripada seorang ahli kosmologi terkenal bernama Stephen Hawking. Projek ini akan menggunakn 2 teleskop radio terbesar di bumi iaitu Green Bank Telescope di Amerika Syarikar dan Parkes Telescope di Australia. Teleskop-teleskop ini akan menjadi 50 kali ganda lebih sensitif daripada sebelumnya dan bakal mengawasi berjuta-juta bintang dan 100 galaksi terdekat dari sistem suria. Sebarang pergerakan pesawat-pesawat asing yang mungkin berterbangan di sekitar 1,000 bintang terdekat dari bumi pasti akan dikesan oleh teleskop-teleskop ini kelak.

Mengetahui betapa besarnya pelaburan yang di buat oleh Milner membuatkan kita sedar, betapa jauhnya manusia telah pergi bagi menjejaki kehidupan asing selain manusia di alam ini. Ia bukan pelaburan yang sia-sia kerana saintis telah pun confirmed terdapat 2,000 buah planet di luar galaksi bima sakti yang mempunyai tamadun asing padanya. Di dalam galaksi bima sakti sendiri, kemungkinan terdapat 60 bilion planet yang sesuai di duduki hidupan di mana mungkin terdapat hidupan asing di planet-planet tersebut. Sebuah persamaan terkenal bernama Drake’s Equation pula menyebut, sebahagian daripada planet tersebut mempunyai kehidupan yang bertamadun seperti manusia di bumi. Menurut seorang penyelidik SETI UK bernama Bob Nichol daripada University of Portsmouth, “ the search doesnt appear as futile as in the past”.

Namun, sebuah pertanyaan perlu dijawab – jika manusia benar-benar menjumpai tamadun asing ini apakah langkah kita yang seterusnya? Persoalan ini perlu di lihat dari mula iaitu jika isyarat pertama berjaya dikesan. Apa perlu dibuat? Jika isyarat pertama dikesan, perkara yang harus dilakukan adalah menolak kemungkinan ia adalah isyarat daripada makhluk asing. Menurut Duncan Forgan daripada University of St Andrew, “ You’d have to put a low probability on it being alien”. Tambahnya lagi selepas itu adakah isyarat tersebut boleh diulang? Jika isyarat tersebut hanya di terima sekali sahaja, maka susah untuk menjustifikasikannya dengan sebarang hidupan makhluk asing. Perkara ini mungkin boleh mengingatkan kita kepada signal “WOW!” yang di terima oleh saintis pada bulan Ogos tahun 1977. Pada tahun tersebut, saintis menerima ledakan gelombang radio yang berkekalan selama 72 saat. Bahkan, isyarat tersebut sangat hampir dengan frekuensi yang di percayai oleh penyelidik SETI akan di gunakan oleh makhluk asing untuk berkomunikasi dengan manusia. Apabila ahli astronomi bernama Jerry Ehman menerima versi cetakan daripada isyarat tersebut di Ohio, beliau menulis di tepinya perkataan “WOW!” menggunakan pen merah.

Namun, selepas daripada peristiwa tersebut, tidak ada lagi sebarang isyarat baru yang serupa di terima oleh ahli-ahli saintis. Sekali sahaja isyarat yang di terima tidak boleh di jadikan alasan ia datang daripada makhluk luar. Justeru, isyarat tersebut boleh di dedahkan kepada saintis lain untuk di analisis. Namun, jika isyarat tersebut berulangan dan berkemungkinan besar di hantar oleh hidupan asing, maka menurut ETI Signal Detection Protocol, maklumat tersebut perlu segera di laporkan kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Secretary General). Isyarat tersebut akan dilindungi dan sebarang respon balas daripada saintis adalah di larang melainkan konsensus di peringkat antarabangsa telah di jalankan bagi membenarkan sebarang respon isyarat di buat semula bagi pihak bumi. Perincian mengenai penemuan tersebut akan segera dihebahkan kepada media-media perdana dan individu yang menemui isyarat tersebut di kehendaki memaklumkan sendiri secara langsung kepada penduduk bumi.

Namun, samada manusia perlu memberikan respon atau tidak, ahli astronomi telah bercanggah pendapat mengenainya. Sebahagiannya bersetuju, manakala sebahagian yang lain mebantahnya. Menurut Durcan Forgan, “ I was recently at a meeting of UK SETI scientists and there was a quick straw poll. The room was split exactly in half”. Secara personal, Forgan sendiri adalah antara saintis yang membantas supaya mesej di hantar semula sebagai respon mesej daripada makhluk asing. Menurutnya, “ I dont think it’s a good idea to speak to someone when you don’t know who they are”. Malah, Stephen Hawking sendiri merupakan antara ahli kosmologi yang menentang sebarang mesej di hantar ke mahluk asing jika manusia menerima isyarat mereka kelak.

Selain pelancaran Breakthrough Listen seperti yang di sebut sebelum ini, terdapat juga sebuah project bernama Breakthrough Message iaitu sebuah pertandingan untuk menulis sebuah mesej digital bagi di hantar ke makhluk asing apabila kita menerima isyarat mereka kelak. Hadiah yang di tawarkan amat lumayan iaitu sebanyak 1 juta USD bagi sesiapa yang menang. Namun, tidak ada sebarang perancangan lagi telah di lakukan untuk menghantar mesej tersebut. Menurut penganjur Breakthrough Message, “ We pledge not to transmit any message untul there has been a wide-ranging debate at high level of science and politics on the risks and rewards of contacting advanced civilisations”.

Persoalan seterusnya ialah, jika isyarat di terima bagaimana manusia di bumi dapat membuat interpretasi kandungannya? Makhluk asing tidak bercakap menggunakan bahasa Inggeris atau mana-mana pun bahasa yang di gunakan oleh manusia di bumi! Yep, memang betul tidak munasabah makhluk di luar bumi boleh berkomunikasi menggunakan bahasa manusia di bumi. Oleh itu, simbol matematik mungkin adalah alternatif yang boleh dipakai untuk melakukan komunikasi di antara makhluk angkasa raya. Respon pertama perlulah mengandungi maklumat berkenaan prime number ataupun Fibonacci Consequence yang di gunakan manusia di bumi. Apabila kedua-dua pihak sudah faham akan bahasa perantaraan yang di perlu di gunakan untuk berkomunikasi – iaitu matematik, maka manusia boleh menggunakan mesej yang lebih terperinci seperti kod binari untuk menghantar mesej yang lebih terperinci seperti gambar. Lagi persoalan, apakah kandungan mesej yang perlu di hantar manusia kelak? Kita mungkin boleh menggunakan aspirasi daripada percubaan yang lepas apabila pesawat Voyager di lancarkan pada tahun 1977, ia membawa juga bersamanya sebuah plat emas beukuran 12 inci yang mengandungi bunyi dan gambar daripada bumi. Bunyi tersebut mengandungi bunyi-bunyi burung, bunyi gelombang dan kilat. Malah ia juga mengandungi susunan muzik yang pernah di karang oleh Beethoven, Batch dan Chuck Berry. Manakala gambar pula mengandungi gambaran mengenai sistem solar, DNA dan bagaimana manusia membiak. Plat tersebut mengandungi juga peta yang menunjukkan kedudukan bumi yang berada di galaksi bima sakti.Voyager 1 mungkin telah meninggalkan sistem solar, namun ia mungkin mengambil masa selama 40, 000 tahun lagi untuk tiba ke sistem solar yang lain.

Contoh kedua pula ialah mesej Arecibo yang di hantar kepada “globular cluster” M13 pada 16 November 1974. Signal radio pendek ini mengandungi kod binari yang mengandungi maklumat berkenaan bangsa manusia dan sistem solar. Dengan mengambil kira kedudukan M13 yang berada sejauh 25,000 tahun perjalanan cahaya, mesej tersebut tidak akan sampai dalam waktu sekitar ini. Selain menghantar mesej, faktor lain yang perlu di ambil kira adalah masa yang di ambil untuk menghantar mesej tersebut. Walaupun mesej tersebut akan menggunakan gelombang radio yang bergerak dengan pecutan cahaya, ia tetap mengambil masa yang lama untuk bergerak melintasi alam semesta. Masa yang diperlukan untuk tiba di sistem solar terdekat dengan bumi pun bakal mengambil masa selama 4 tahun. Manakala bintang KIC 8462852 yang menjadi igauan akan kewujudan makluk asing pula berada pada kedudukan 1,480 tahun perjalanan cahaya. Sebarang mesej yang cuba di hantar ke bintang tersebut pada waktu sekarang akan memakan masa yang lama untuk sampai iaitu selama 3,000 tahun!

Seandainya manusia benar-benar menerima isyarat makhluk asing ini, maka apakah kesannya kepada manusia secara psikologi pula? Adakah akan menimbulkan keresahan, kerisauan atau gangguan psikologi yang lain? Kerana segalanya boleh berlaku. Boleh jadi makhluk asing ini merupakan spesis penjajah yang bersifat ganas dan zalim. Atau mungkin boleh jadi sebaliknya juga. Samada makhluk asing ini bersifat zalim ataupun berdiplomasi, tiada siapa pun yang tahu dan kedua-duanya mempunyai kebarangkalian yang seimbang. Sedikit sebanyak, mungkin terdapat kesan psikologi bakal di rasai oleh sebahagian manusia di bumi.

Untuk mengetahui perkara ini, pada tahun 1999 sebuah banci telah di lakukan oleh The Roper Organisation hasil kerjasama dengan National Institute for Discovery Science (NIDS). Hasil kajian mereka mendapati sebanyak 32% responden menjawab, mereka “fully prepared to handle it” dan 17% lagi menjawab “ rethink their place in the universe”. Apabila soalan ditanya, “how you thought others would respond”, sebanyak 25% menjawab kebanyakan orang akan panik, terkejut. Mungkin kita boleh belajar sesuatu daripada sebuah peristiwa pada tahun 1938 dahulu, dimana Orson Welles telah membuat sebuah siaran radio bertajuk “War Of The Worlds” memaklumkan makhluk asing bakal menyerang bumi. Siaran tersebut begitu realistik sehinggakan ramai orang benar-benar mempercayai makhluk asing benar-benar akan menyerang manusia. Laporan-laporan serangan histeria banyak dilaporkan pada waktu itu. Apabila versi Sepanyol telah disiarkan di Ecuador pada tahun 1949, ramai orang menjadi gila dan memenuhi jalanan-jalanan sehingga menyebabkan 6 orang telah mati.

Persoalan lain pula, apakah agaknya karakter tamadun asing ini? Adakah mereka bersifat aggresif seperti kaum saiya? Atau bersifat friendly seperti ET? Hasil daripada kajian yang di lakukan pada tahun 1997 mendapati, sebanyak 84% responden yakin, makhluk asing akan bersifat baik dan diplomasi.

Kerja-kerja plagiat tanpa memberikan kredit kepada sumber adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi hak cipta dan kreativiti seseorang.

sumber : http://www.sciencenazi.com/

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com