TechSemut Malaysia

Maklumat Mengenai Pemproses Snapdragon 845 Tertiris

Maklumat Mengenai Pemproses Snapdragon 845 Tertiris

Maklumat Mengenai Pemproses Snapdragon 845 Tertiris
Mei 29
03:54 2017

Qualcomm Snapdragon 835 ialah pemproses paling berkuasa yang pernah diuji di makmal peranti Amanz setakat ini. HTC U11, Xiaomi Mi 6 dan Sony Xperia XZ Premium adalah tiga peranti yang menggunakan pemproses ini. Sungguhpun baru sahaja dilancarkan, penggantinya Snapdragon 845 sudahpun dalam pembangunan. Maklumat mengenai pemproses ini tertiris hujung minggu lalu.

Snapdragon 845 ialah pemproses lapan teras dengan empat teras Cortex A75 dan empat teras Cortex A55. Ini adalah peningkatan berbanding empat teras Cortex A73 dan Cortex A53 yang digunakan pada Snapdragon 835.  Cortex A75 memberikan peningkatan sekitar 20% berbanding Cortex A73 dan 40% berbanding Cortex A72.

Cortex A55 pula membawakan penjimatan penggunaan bateri sehingga 15% berbanding Cortex A53. Secara keseluruhan Snapdragon 845 dijangka akan memberikan peningkatan di antara 20-30% berbanding Snapdragon 835. Peranti terawal yang dijangka menggunakan Snapdragon 845 ialah Galaxy S9 yang dikhabarkan sedang dibangunkan oleh Samsung.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com