Maklumat solat melalui e-solat.gov.my oleh jakim

esolatJakim telah memperkenalkan portal e-solat yang bukan sahaja mempunyai waktu solat di kawasan-kawasan di malaysia malah membolehkan anda untuk menentukan kedudukan arah kiblat menerusi persian google map yang mereka gabungkan bersama portal ini . anda hanya perlu melungsuri peta di sebelah kanan untuk mencari kawasan kediaman atau kawasan yang ingin anda tuju dengan garis lajur yang telah di tetapkan ke arah masjidil haram , anda kini boleh mendapat kedudukan yang tepat bagi arah kibrat anda.

Kini jika anda merancang untuk ke sesuatu kawasan atau bertugas ke kawasan lain , anda lebih awal boleh menyemak kedudukan kiblat . Atau mungkin untuk mengesahkan kedudukan kiblat di rumah anda adakah tepat atau tidak . Jika anda tidak yakin , anda boleh cuba meletakkan icon kedudukan ke surau dan masjid di kawasan rumah anda sebagai pengesahan.

Malah portal ini akan datang akan di lengkapi dengan maklumat masjid berhampiran di zon yang anda pilih .

layari http://www.e-solat.gov.my/web/