Helikopter kini sudah berusia lebih 80 tahun dan pelbagai inovasi telah diperkenalkan untuk menjadikannya kenderaan udara yang selamat. Tetapi masih terdapat ruang untuk menjadikannya lebih baik. Di Airbus Helicopters, makmal udara Flightlab telah diperlihatkan minggu lalu untuk menguji teknologi terbaru yang akan mempertingkatkan lagi keselamatannya.

Antara yang diuji ialah Engine Back-up System (EBS) – motor elektrik 100kW yang dipasang terus kepada hab kipas utama. Sekiranya berlaku kerosakan pada enjin turbin, motor akan membekalkan kuasa kecemasan untuk juruterbang mendarat dengan selamat. Sistem Rotor Strike Alerting System (RSAS) pula memberikan amaran sekiranya bilah kipas utama berhadapan risiko melanggar objek lain.

Turut diuji ialah sistem kamera EAGLE yanag memetakan persekitaran helikopter secara tiga dimensi dan pembelajaran komputer yang mengenalpasti objek yang boleh mendatangkan bahaya sebelum disedari. Penambahbaikan kepada sistem pemantauan kesihatan helikopter, sistem kawalan yang dipertingkatkan dan kipas belakang yang lebih senyap untuk penggunaan di dalam bandar turut digunakan pada Flightlab.

Flightlab ialah sebuah helikopter H130 yang diubahsuai untuk menjadi pelantar ujian sebelum diperkenalkan ke dunia sebenar.

Sumber Airbus Helicopters menerusi New Atlas

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.