Malaysia Airlines kini telah mula memaklumkan para pengguna mereka yang berdaftar dengan program ganjaran kesetiaan Enrich, dimana mereka telah mengenal-pasti sebuah insiden melibatkan data pengguna Enrich.

Melalui emel yang dihantar pihak Malaysia Airlines, data pengguna yang terlibat adalah dikatakan untuk tempoh antara Mac 2010 sehingga Jun 2019 yang lepas. Apa pun, Malaysia Airlines menekankan ia tidak melibatkan infrastruktur atau sistem mereka tersendiri, tetapi kejadian ini melibatkan penyedia perkhidmatan pihak ketiga untuk pihak Malaysia Airlines.

Data yang terlibat dalam kerentanan ini adalah termasuk nama ahli Enrich, tarikh lahir, jantina, maklumat komunikasi, nombor ahli, status dan juga tahap keahlian.

Malaysia Airlines percaya tiada sebarang salah guna data pengguna yang berlaku setakat ini disebabkan kerentanan ini. Apa pun, pihak Malaysia Airlines mengalakkan ahli Enrich untuk mengubah kata laluan sebagai langkah berjaga-jaga.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.