Malaysia Airports Menggunakan Kenderaan Elektrik Bagi Menguji Pengurangan Jumlah Pelepasan Karbon

Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) baru-baru ini, telah mula menggunakan dua buah kenderaan Renault Zoe Electric untuk diuji bagi mengurangkan jumlah pelepasan karbon di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ini adalah bagi memenuhi Airport Carbon Accreditation tahap 3.

Melalui ujian ini menunjukkan komitmen MAHB dalam mengamalkan teknologi hijau dan ingin memberikan kualiti perkhidmatan penerbangan yang baik kepada semua pihak. Seterusnya, matlamat MAHB juga adalah ingin menjadikan lapangan hijau ini tidak hanya tertumpu pada aspek operasi kerja sahaja namun turut mengambil kira pengurusan tenaga, air dan sisa yang dilaksanakan di lapangan terbang.

Untuk makluman anda, Zoe mampu menyimpan kapasiti tenaga yang berkekalan sehingga 210 km jarak perjalanan sebelum mengecasnya selama satu jam untuk kegunaan seterusnya. MAHB berhadap dengan penggunaan kenderaan elektrik, pengurangan pengeluaran karbon dioksida sebanyak 19,000 kg yang dihasilkan setiap kereta bagi setahun dapat dilakukan.

MAHB juga turut melaksanakan 3 stesen pengecasan elektrik untuk pengguna EV. Selain Klia, kerja-kerja pemasangan stesen pengisian baru turut dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Miri dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.