TechSemut Malaysia

Malaysia akhirnya terima iPhone X pada tarikh ini

Malaysia akhirnya terima iPhone X pada tarikh ini

November 08
13:21 2017
Share Button

iPhone X mula dijual di Malaysia pada 24 November ini pada harga bermula RM 5,149 untuk 64GB.

Manakala versi 256GB pula berharga RM5,899.

Apple masih kekal berinovasi melalui iPhone X (baca: “iPhone Sepuluh”), sebuah telefon yang menerima rekaan yang radikal.

Ia adalah jawapan Apple terhadap trend telefon nirbingkai yang semakin mendapat tempat dalam arus perdana masa kini. Bagi merealisasikan telefon nirbingkai itu, Apple terpaksa melakukan beberapa kompromi.

Sedang kebanyakkan pengeluar memindahkan butang Home yang turut berfungsi sebagai pengimbas cap jari, Apple lebih rela membuang terus butang itu. Ia menjadikan telefon ini sebagai iPhone pertama yang tiada butang Home fizikal dalam sejarah telefon itu.

Butang Home digital, digunakan menggalas tugas tersebut. Ketiadaan Touch ID pula digantikan dengan Face ID. Ia sama seperti Face Unlock yang diguna pakai Android tetapi dikatkan Apple lebih canggih kerana ia dikawal selia oleh kecerdasan buatan.

Paparan adalah sesuatu yang paling ketara pada iPhone X. Ia menggunakan paparan Super Retina Display dengan resolusi 1125 x 2336 sebesar 5.8″. Ini kali pertama iPhone menggunakan paparan OLED. Pada bahagian dahi telefon, panel OLED terpaksa diberikan bentuk khas bagi menempatkan speaker, kamera depan, dan sejumlah sensor. Implementasi ini saling tak tumpah seperti Essential Ph-1

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com