TechSemut Malaysia

Mandi waktu berpeluh boleh menyebabkan panau ke??

Mandi waktu berpeluh boleh menyebabkan panau ke??

Mandi waktu berpeluh boleh menyebabkan panau ke??
Mei 19
08:51 2017

Waktu sekolah dahulu terutamanya sekolah asrama, mesti pernah dengar saranan untuk tidak mandi ketika berpeluh. Terutamanya peluh lepas bersenam, lagi lah tak boleh mandi. KATANYA BOLEH KENA PANAU.

Tahukah anda bahawa PANAU yang selalu dikatakan oleh masyarakat kita merupakan sejenis jangkitan kulat bernama Malessezia furfur?

MALASSEZIA FURFUR

Organisma ini merupakan sejenis kulat yang suka mendiami kulit manusia. Ia merupakan normal flora bagi manusia. Maksudnya normal flora ialah organisma tersebut merupakan penghuni tetap bagi kulit manusia. Atas kulit saya ada organisma tersebut. Anda semua pun ada juga.

Jadi bagaimanakah kulat ini menyebabkan perubahan pada warna kulit ataupun PANAU?

Malessezia furfur pada keadaan biasa adalah pada ‘Fasa yeast’. Ketika fasa ini, ia tidak mendatangkan apa-apa kesan pada kulit manusia. Ini kerana ia hanya berada di atas permukaan kulit tanpa ia tumbuh masuk ke dalam kulit.

Malassezia furfur

Tetapi ada beberapa keadaan yang boleh menyebabkan Kulat ini bertukar kepada ‘fasa Mycelial’ dimana dalam fasa ini Malessezia akan mempunyai ‘hypae’ yang tumbuh ke dalam kulit. Hypae ini kita boleh ibaratkan seperti akar pokok. Ia menjalar masuk ke dalam kulit manusia dan merembeskan bahan kimia seperti asid azelaic dan lipoxygenase yang menyebabkan pengurangan pigmen pada kulit.

Hasilnya kulit yang dijangkiti kulat tersebut akan menjadi cerah berbanding kulit di sekelilingnya. Inilah keadaan yang dikatakan sebagai PANAU ataupun istilah perubatannya adalah ‘Pityriasis Versicolor’

Panau pada muka

Faktor-faktor yang menyebabkan kulat ini berubah kepada fasa Mycelial yang boleh menyebabkan PANAU adalah:

1) Faktor genetik. Ada individu yang sangat senang untuk mendapat panau disebabkan faktor genetiknya.
2) Penyakit kronik dan individu yang kekurangan nutrisi
3) Tahap hormone cortisol yang tinggi di dalam badan
4) Suhu persekitaran yang tinggi
5) KELEMBAPAN yang tinggi

Daripada faktor-faktor tersebut kita tahu bahawa ada individu-indivudu yang sangat senang untuk mendapat masalah ini dan ada yang susah. Selain daripada itu, kelembapan yang tinggi juga menjadi punca kepada masalah panau ini.

Oleh itu, pernyataan yang mengatakan mandi ketika berpeluh adalah punca panau berlaku adalah pernyataan yang salah. Ini kerana jika kita tidak mandi, maka kelembapan badan kita ketika itu adalah tinggi dan menyebabkan kulat ini mempunyai waktu untuk berubah kepada fasa Mycelial yang menyebabkan panau.

Jadi untuk mengelakkan perkara tersebut adalah mandi dan mengelap badan dengan sempurna selepas mandi.
RAWATAN.

Selalunya rawatan PANAU ini adalah menggunakan kompaun dibawah kumpulan ‘Azole’. Ia berbentuk krim. Di klinik kesihatan, selalunya krim yang diberi untuk merawat masalah ini adalah bernama ‘Miconazole’

Beberapa fakta menarik bagi PANAU sebagai konklusi untuk post ini:

1) Panau disebabkan jangkitan kulat bernama Malassezia Furfur
2) Kulat ini merupakan normal organisma yang tinggal di atas kulit manusia.
3) PANAU tidak berjangkit kepada orang lain. Ini bermaksud jika saya ada panau, saya tidak akan menjangkiti orang di sekeliling kita. Ini kerana seperti yang saya katakan kulat ini adalah normal organisma atas badan kita. Hanya jika dia berubah kepada fasa Mycelial sahaja baru akan mendatangkan masalah panau
4) Mandi ketika berpeluh tidak menyebabkan masalah PANAU malah digalakkan mandi untuk mengelakkan masalah tersebut

Harap bermanfaat

Rujukan:
1. H. Ruth Ashbee* and E. Glyn V. Evans. Immunology of Diseases Associated with Malassezia Species. Clin Microbiol Rev. 2002 Jan; 15(1): 21–57.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC118058/
2. Schwartz RA. Superficial fungal infections.Lancet. 2004 Sep 25-Oct 1;364(9440):1173-82.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15451228

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila lika page kami Root of Science

Penulis:

Mandi waktu berpeluh bukan penyebab kepada panau. Kalau biar berpeluh lama itu yang menjadi punca kepada panau.

Posted by Latif Saad on 19hb Mei 2017

sumber : rootofscience.com

Label

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com