Manfaat 30 Hari Minum Air Kosong

Berdasarkan saranan daripada Institut of Medicine’s Food and Nutrition Board, wanita memerlukan 2.6 liter air setiap hari dan lelaki memerlukan sekitar 3.7 liter setiap hari. Keperluan cecair badan tersebut dapat dipenuhi salah satunya dengan mengambil air kosong. Saranan jumlah pengambilan air tersebut bukanlah tanpa alasan, sebaliknya didapati bermanfaat bagi kesihatan tubuh dan kecantikan.

Manfaat 30 hari minum air kosong tanpa minuman manis

Terdapat beberapa manfaat yang didapati akan anda alami jika anda mengambil air kosong sahaja selama 30 hari, tanpa pengambilan sebarang minuman lain. Ini termasuklah teh dan kopi. Berikut adalah hal-hal yang akan terjadi pada tubuh kita setelah 30 hari memilih air kosong sebagai minuman:

1. Meningkatkan tenaga kerja dan kreativiti

Menurut Frontiers in Human Neuroscience Journal, ketika anda hanya mengambil air kosong sahaja selama 30 hari, otak anda akan bertindak balas lebih cepat. Hal tersebut terjadi kerana otak memerlukan banyak oksigen untuk berfungsi secara optimum, sementara pengambilan air dapat memastikan otak memperoleh keperluan oksigen yang cukup. Tambahan pula, air merupakan sumber oksigen terbesar untuk otak, membuatkan pengambilan air kosong selama 30 hari akan membantu anda lebih mudah berfikir dan fokus. Pengambilan 8 hingga 10 gelas air setiap hari ternyata dapat meningkatkan keupayaan kognitif anda sebanyak 30%.

2. Melambatkan proses penuaan

Pengambilan air kosong akan memastikan kulit anda cukup terhidrat sehingga dapat mengurangkan kecepatan proses penuaan kulit. Pengambilan air yang mencukupi dapat membuat kulit anda kelihatan sihat, lembap, lembut, berseri dan bebas kedutan.

3. Meningkatkan daya tahan tubuh

Air kosong berfungsi sebagai pemangkin fungsi tubuh yang optimal. Minum air kosong dalam jumlah yang mencukupi dapat menyokong fungsi hati dan ginjal yang menyingkirkan bahan kumuh dalam tubuh. Pengambilan air kosong yang mencukupi juga dapat meneutralkan kadar pH, menguatkan kekebalan tubuh anda daripada batu karang dan penyakit lain, serta membantu mengurangkan rasa sakit badan dan sakit kepala.

4. Menguatkan fungsi jantung

Pengambilan air kosong dapat mengurangkan risiko terjadinya serangan jantung. Sebuah kajian yang dilakukan oleh American Journal of Epidemiology mendapati bahawa orang yang mengambil air kosong lebih daripada lima gelas sehari memiliki risiko meninggal disebabkan serangan jantung lebih rendah sebanyak 41% dibandingkan dengan mereka yang minum air kosong kurang daripada dua gelas sehari.

5. Menguatkan tulang

Air kosong dapat membantu penghasilan semula shock absorber tulang rawan, sehingga sendi dapat bergerak dengan lancar, dan juga dapat mengurangkan kerosakan sendi akibat ketegangan. Fleksibiliti sendi meningkatkan dengan pengambilan air kosong.

6. Membakar lemak tubuh

Ketika anda minum hanya air putih selama 30 hari, tubuh anda akan menyingkirkan iritasi, racun berbahaya, dan hasil perkumuhan daripada organ penting dalam tubuh anda. Hal ini membuatkan tubuh anda bersih dan membantu menurunkan lemak tubuh. Pengambilan air kosong juga dapat mengurangkan rasa lapar anda.

Selain itu, pengambilan air kosong dapat meningkatkan kemampuan tubuh untuk membakar lemak. Kajian tersebut dilakukan oleh Journal of Endicronology Clinical and Metabolism yang menemukan bahwa air kosong dapat meningkatkan metabolisme sebanyak 30% dalam lelaki dan wanita.  Andrea Giancoli N., MPH, RD, dan jurucakap The Academy of Nutrition and Dietetics juga menyampaikan bahawa minum satu atau dua gelas air putih sebelum makan dapat mengisi perut anda sehingga anda akan kurang makan daripada kebiasaannya. Pengambilan air kosong secara berkala juga akan membantu mengawal berat badan anda.

Kredit foto – HelloDoktor

sumber asal : www.majalahsains.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.