Mankame EP-1 Ialah Motosikal Elektrik Dengan Jarak Operasi Mencecah 500km Dengan Sekali Caj

Kenderaan elektrik telahpun wujud sejak 1837 tetapi hanya menjadi praktikal sejak sedekad yang lalu. Tesla ialah nama paling terkenal dalam penghasilan kenderaan elektrik dengan pengeluar lain turut komited menghasilkan kenderaan elektrik mereka sendiri. Yang jarang didengari ialah motosikal elektrik. Ini adalah kerana jarak operasi motosikal elektrik yang terhad disebabkan penggunaan bateri yang kecil.

Mankame EP-1 ialah motosikal elektrik yang dikatakan mempunyai jarak operasi sejauh 500 kilometer dengan sekali caj. Ia dibangunkan oleh Mankame Automotive yang berpangkalan di India. Jarak operasi ini mampu dicapai sekiranya EP-1 ditunggang pada kelajuan purata 83 kilometer sejam.

Dari segi spesifikasi EP-1 bakal dilengkapi motor elektrik 40 kW, bateri sebesar 18.4 kWh dan keseluruhan motor hanya sebesar 180kg. Ia mempunyai kelajuan maksimum 250 kilometer sejam. Motosikal ini masih lagi di dalam peringkat prototaip.

Pihak Mankane Automotive sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama dengan harga jualan model paling asas EP-1 dijual pada harga $8,500 (~RM 34,000) sebuah. Untuk model berprestasi tinggi pula, ia boleh ditempah pada harga $13,000 (~RM 52,000) sebuah. Sekiranya dana mencukupi berjaya dikumpul, Mankame EP-1 akan mula dijual pada tahun 2022.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.