Manuskrip Voynich Yang Penuh Misteri Berjaya Ditafsirkan

Manuskrip Voynich ialah koleksi 240 keping dokumen yang ditemui oleh Wilfrid M. Voynich seorang penjual buku pada tahun 1912. Ia menjadi terkemuka di kalangan peminat sejarah buku kerana kandungannya yang tidak dapat dibaca kerana menggunakan bahasa yang telah pupus. Beberapa ahli kriptologi terkemuka seperti Alan Turing serta kecerdasan buatan gagal mentafsirkan kod bahasa misteri yang digunakan.

Tetapi kod rahsia ini akhirnya telah berjaya ditafsirkan oleh Dr. Gerard Cheshire dari University of Bristol. Beliau mengambil masa dua minggu untuk mentafsir manuskrip yang kini dipercayai menggunakan bahasa proto-Romawi. Bahasa Romawi adalah asas kepada bahasa Perancis, Sepanyol, Itali dan Romania. Kerana kepopularan bahasa Latin yang digunakan oleh golongan bangsawan, tidak banyak dokumen dalam bahasa Romawi ataupun proto-Romawi masih wujud.

Manuskrip Voynich adalah milik Permainsuri Aragon, Maria of Castile oleh biarawati Dominica pada kurun ke-15. Ia mengandungi koleksi lukisan tumbuh-tumbuhan herba, haiwan, astronomi dan biologi. Penemuan Dr. Gerard Cheshire  ini diharap akan menjadi batu Rosetta bagi memahami kandungan manuskrip Voynich.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.