Markah Penanda Aras iPhone 12 Pro Max Tertiris Dan Sedikit Mengecewakan

MArkah penanda aras Apple iPhone 12 Pro Max telahpun tertiris awal walaupun telefon pintar ini masih belum dilancarkan secara rasmi. Berdasarkan markah Antutu yang dicatatkan, peningkatan kuasa memproses cip Apple A14 nampaknya tidak sehebat yang dihebahkan ketika pelancaran iPad Air 2020 minggu ini.

Pertama sekali ia sekadar mencatatkan 572,333 markah dalam ujian sepenuhnya berbanding 524436 markah yang dicatatkan Apple A13. Ini bersaman peningkatan sebanyak 9.13% sahaja. Dalam ujian CPU pula, A14 mencatatkan 167,527 markah berbanding 143,546 markah oleh A13. Ini bersamaan peningkatan 16.70%.

Satu maklumat yang menaik di sini ialah iPhone 12 Pro Max nampaknya bakal hadir dengan 6GB RAM sedangkan iPhone 11 Pro Max tahun lalu hanya dilengkapi 4GB RAM.

Sebagai perbandingan Asus ROG 3 yang menggunakan Snapdragon 865+ mencatatkan 615,289 markah dalam ujian keseluruhan dan 181,444 markah dalam ujian CPU sahaja.

Adakah ini bukti kukuh Apple A14 ialah pemproses yang mengecewakan? Pastinya tidak kerana beberapa ketirisan sebelum A13 dilancarkan dahulu menunjukkan markah yang rendah juga. Perisian dan pemproses masih belum dioptimasikan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*