Markah Penanda Aras Samsung Galaxy Note 20+ 5G Tertiris Dengan Cip Snapdragon 865+

Samsung Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra baru sahaja dilancarkan dan ura-ura mengenai Galaxy Note 20 sudah mula muncul. Masih terdapat ramai peminat Samsung yang lebih menantikan kemunculan Galaxy Note setiap tahun kerana ia masih lagi peranti dengan stylus terbaik di pasaran. Walaupun kita masih di awal April, ura-ura mengenai Galaxy Note 20 telah mula tertiris ke arena web menerusi ciapan Ice Universe.

Markah penanda aras Samsung Galaxy Note 20+ 5G kini telah muncul di penanda aras Geekbench dan menunjukkan ia besar kemungkinan menggunakan cip Snapdragon 865+. Cip ini masih belum diumumkan secara rasmi oleh Qualcomm tetapi iterasi kecil kepada cip mercu mereka kerap dilakukan pada separuh tahu kedua,

Teras utama cip ini menurut Geekbench beroperasi pada kelajuan 3.09 GHz dan adalah lebih laju berbanding 2,85 GHz pada teras utama Snapdragon 865. Sekiranya maklumat yang tertiris ini benar. Snapdragon 865+ akan menjadi sebuah lagi cip ARM yang mempunyai kepantasan melangkaui 3.0GHz selepas Apple A14 yang tertiris sebelum ini,

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*