Masalah Pengurusan RAM Pixel 3 Akan Diselesaikan Menerusi Kemaskini Dalam Masa Beberapa Minggu

Google Pixel 3 dan 3XL tidak mengikut trend semasa kerana hanya disertakan dengan RAM sebesar 4GB. Menurut Google ini sudah mencukupi dan sama seperti yang ditemui pada iPhone. Pengguna awal Pixel 3 dan 3XL walau bagaimanapun melaporkan masalah pengurusan RAM pada peranti mereka. Aplikasi akan ditutup walaupun jumlah aplikasi yang dilancarkan serentak adalah kecil.

Menurut laporan 9to5 Google, pihak Google kini dengan menyiasat sumber kepada masalah ini. Kemaskini akan diberikan dalam masa beberapa minggu untuk menyelesaikannya. Berita buruk di sini ialah ia tidak akan diberikan bersama kemaskini November. Google juga masih belum memberikan maklum balas mengenai masalah pembesar suara yang turut dilaporkan sebilangan kecil pengguna.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.