MatePad Pro Ialah Jawapan Huawei Kepada iPad Pro

Sebelum ini imej tablet Huawei MediaPad M7 telah tertiris ke arena web. Ia adalah tablet pertama yang dilengkapi lubang kamera pada skrin. Tetapi menurut ciapan @evleaks, peranti ini mungkin akan dilancarkan sebagai Huawei MatePad Pro kelak dan merupakan jawapan Huawei kepada iPad Pro,

Dari segi rekaan ia banyak mengambil inspirasi dari iPad Pro. Bezel tablet adalah nipis, menyokong stylus seakan Apple Pencil lengkap dengan sambungan magnetik pada bingkai dan aksesori papan kekunci fizikal. Terdapat ura-ura ia akan menggunakan cip Kirin 990 yang menjana Mate 30 Pro sebelum ini. Huawei masih belum memberikan sebarang petanda bilakah MatePad Pro akan dilancarkan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.