Maxis Dan Celcom Bakal Menawarkan Sokongan Selular Untuk Apple Watch

Apple Watch Series 5 dengan sokongan selular telah pun ditawarkan di Malaysia sejak beberapa minggu lepas. Ketika pengenalannya tempoh hari, hanya syarikat telekomunikasi Digi sahaja yang menawarkan sokongan untuknya. Kini, pihak Maxis dan Celcom telah turut mengacah pengenalan sokongan selular untuknya.

Untuk makluman, Apple Watch menggunakan sokongan berasaskan eSIM, sekaligus memudahkan pengguna membuat panggilan, menghantar mesej, dan mengakses data internet terus melalui skrin jam tangan pintar berkenaan.

Penggunaan eSIM juga turut membolehkan pengguna berkongsi nombor telefon yang sama dengan telefon utama mereka, tanpa memerlukan langganan nombor baru khusus untuk jam tangan pintar.

Maxis dan Celcom mengatakan jam tangan pintar Apple Watch Series 5 akan ditawarkan bermula 13 Disember 2019 kelak.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.