Teknologi berkembang terlalu pesat sehingga kadang kala anda terlupa teknologi di tangan lebih maju dari perkakasan lain. Sebagai contoh router di rumah tidak menggunakan teknologi WiFi6 sedangkan telefon pintar sejak dua tahun lalu telahpun menyokongnya.

Hari ini Maxis Fibre mengumumkan mereka mula menawarkan penghala generasi baharu yang menyokong WiFi6. Menerusi penghala ini sambungan Internet nirwayar lebih pantas dan lebih stabil dapat dinikmati oleh pelanggan Maxis Fibre di rumah.

Selain menyokong format WiFi6 terkini, penghala ini juga menyokong format EasyMesh yang membolehkan pengguna menambah penghala Mesh tambahan dengan mudah di kawasan yang mempunyai isyarat WiFi lemah di rumah.

Pada waktu ini penghala WiFi6 ini ditawarkan percuma kepada pelanggan baharu pelan 100 Mbps Maxis Fibre dan ke atas. bermula hari ini. Pelanggan sedia ada pula akan dihubungi secara berperingkat untuk proses naik taraf penghala semasa ke penghala baharu. Untuk terma dan syarat lengkap sila ke pautan di bawah.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.