Maxis Menjadualkan Naik-Taraf Sistam Dari 23 November Sehingga 25 November

Maxis kini mengumumkan mereka menjadualkan naik-taraf sistem pada 23 November pukul 2 petang, sehingga 25 November 2020 pukul 1 petang. Naik-taraf ini akan memberikan kesan kepada beberapa pengguna, termasuk Maxis Mobile, Maxis Fibre, dan juga Hotlink Postpaid.

Maxis telah mula menghantar SMS kepada pelanggan yang akan terkesan, dan memaklumkan berkenaan hal ini.

Maxis mengatakan, ketika proses naik-taraf, aplikasi Maxis akan hanya mempunyai sejumlah ciri-ciri terhad sahaja. Malah, menu *100# tidak boleh diakses sepanjang proses naik-taraf ini.

Apa pun, pengguna masih boleh membuat panggilan, menggunakan internet dan juga menghantar SMS seperti biasa.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*