TechSemut Malaysia

Maxis tawar diskaun beli tiket kapal terbang

Maxis tawar diskaun beli tiket kapal terbang

Ogos 08
22:05 2018
Share Button

Maxis bekerjasama dengan Malaysia Airlines untuk menawarkan pelanggan pascabayar dan prabayar nilai hebat yang disediakan daripada Travelicious Deals MAS.

Ia termasuk 10% diskaun tambahan keatas diskaun tawaran Travelicious Deals Malaysia Airlines dengan membuat tempahan penerbangan sepanjang tempoh jualan eksklusif selama 2 hari pada 12 dan 13 Ogos 2018 dan dapatkan diskaun tambahan sehingga 10%.

Tempahan adalah untuk perjalanan dari 19 Ogos 2018 hingga 30 Jun 2019.

Promosi ini boleh didapati melalui aplikasi MyMaxis, Hotlink RED, MyMaxis Biz dan Hotlink Postpaid Flex.

Anda juga boleh naiktaraf percuma daripada kelas ekonomi ke perniagaan ke destinasi terpilih.

Pelanggan Maxis dan Hotlink yang menempah tiket Kelas Ekonomi ke Tokyo (NRT), Seoul (ICN) dan Sydney (SYD) sepanjang tempoh kempen (12 & 13 Ogos) secara automatik akan layak untuk memenangi naik taraf percuma ke Kelas perniagaan.

Peningkatan ini hanya sah untuk perjalanan dari 15 September hingga 15 November 2018 ke destinasi-destinasi di atas.

Untuk menikmati tawaran ini, pelanggan hanya perlu:

1) Muat turun aplikasi MyMaxis, Hotlink RED, MyMaxis Biz atau Hotlink Postpaid Flex dari Google Play Store atau Apple App Store

2) Klik pada Deals dan pilih “Malaysia Airlines Travelicious Deals”

3) Muat turun kod promo dan klik pada pautan di bahagian bawah halaman Deals untuk membuat tempahan penerbangan tiket Kelas Ekonomi ke Tokyo (NRT), Seoul (ICN) dan Sydney (SYD) sepanjang tempoh kempen (12 & 13 Ogos) secara automatik akan layak untuk memenangi naik taraf percuma ke Kelas Perniagaan

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com