Maxis kini berkongsi mengatakan mereka telah mengaktifkan ciri VoLTE sejak daripada Oktober 2021 yang lepas, dan kini ciri panggilan berkenaan tersedia untuk pelanggan pascabayar Maxis dan Hotlink.

Dengan menggunakan ciri VoLTE, ia menjanjikan sokongan panggilan suara yang lebih berkualiti, hubungan panggilan yang lebih pantas, tidak menganggu rangkaian data ketika melakukan panggilan suara, disamping memudahkan anda berubah dari panggilan suara ke video dengan serta-merta.

Bagi para pengguna Maxis, anda boleh menyemak laman rasmi Maxis untuk melihat peranti anda sama ada menyokong rangkaian VoLTE atau sebaliknya. Ia tidak diketahui lagi bilakah ciri VoLTE ini akan diperkenalkan untuk pelanggan prabayar Hotlink.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.