Maybank Ingin Mempopularkan Penghantaran Wang Sesama Rakan Menggunakan QR Melalui My Raya QR

Maybank pada awal tahun ini telah mula memperkenalkan sokongan Maybank QR Pay yang memudahkan pengguna untuk membayar di kedai menggunakan imbasan kod QR – sekaligus membawa kepada gaya hidup nirtunai.

Kini, selain daripada hanya digunakan untuk membayar kedai, Maybank juga ingin mempopularkan penggunaan ciri lebih kurang sama untuk penghantaran wang sesama rakan dan ahli keluarga. Untuk tujuan berkenaan dan selari dengan musim perayaan, kini Maybank mula memasarkan ciri yang dinamakan My Raya QR.

Maybank QR Raya

Melaluinya, seseorang pengguna hanya perlu mengimbas kod QR milik rakan atau pengguna lain, dan memilih amaun yang ingin dihantar.

Bagi anda yang menggunakan aplikasi mudah-alih Maybank di Android atau iPhone, boleh mencuba ciri baru ini yang dipopularkan bersempena Hari Raya Aidil Fitri ini, sekaligus membawa kepada kaedah baru penghantaran dan penerimaan duit raya.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.