Maybank kini telah mengumumkan promosi baru memfokuskan kepada para pengguna kad Maybank MAE. Seperti semua sedia maklum, kad ini telah diperkenalkan sebelum ini oleh Maybank, dimana ia dipautkan kepada aplikasi bagi memudahkan anda menyemak belanja, dan melakukan simpanan.

Terbaru, Maybank hadir dengan promosi menawarkan pulangan tunai sehingga 30% pulangan tunai (terhad kepada RM10 setiap transaksi) apabila anda belanja RM30 dan ke atas. Setiap pengguna diterhadkan untuk pulangan tunai sebanyak dua kali sahaja, dan terhad sebanyak 3040 tebusan pulangan tunai menyeluruh setiap hari.

Maybank menjalankan kempen ini  antara 22 Disember 2020 sehingga 11 Januari 2021. Pulangan tunai ini juga tertakluk kepada anda yang melakukan transaksi menggunakan kad fizikal MAE sahaja, dan bukannya melalui aplikasi.

Maybank mengatakan transaksi boleh dilakukan di semua peruncit dan kedai – sama ada dalam negara atau luar negara.

Bagi anda yang menggunakan kad Maybank MAE boleh menyertai kempen ini, dan mendapatkan lebih penjimatan. Sebagai alternatif, anda juga turut boleh mendaftar dan mendapatkan Maybank MAE ini hari ini secara percuma.

Layari : Maybank 30% Pulangan Tunai

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.