Maybank sebelum ini telah memperkenalkan aplikasi perbankan pintar baru dinamakan sebagai MAE. Melaluinya, ia menawarkan ciri seumpama Maybank2U, tetapi dengan sejumlah ciri tambahan termasuk yang memfokuskan kepada simpanan.

Ketika pelancarannya pada Oktober 2020 lepas, pihak Maybank sedia mengatakan kelak mereka akan menggantikan sepenuhnya aplikasi Maybank2U, dan memfokuskan kepada MAE sahaja.

Selari dengannya, kini pihak Maybank dilihat telah memulakan langkah ke arah tersebut.

Terbaru, pihak Maybank hadir dengan promosi memberikan ganjaran sebanyak RM8 untuk pengguna baharu yang mendaftar MAE.

Disamping itu, mereka juga turut berkongsi infografik ringkas memperlihatkan kelebihan MAE berbanding dengan aplikasi Maybank2U.

Bagi yang belum mencuba MAE, ia menawarkan ciri yang mengalakkan simpanan, memudahkan pengguna memantau perbelanjaan, disaping membolehkan anda memohon kad fizikal.

Menariknya, MAE juga turut boleh digunakan oleh mereka yang tidak mempunyai akaun Maybank.

Baca : Maybank MAE – Apa Anda Perlu Tahu Mengenai Dompet Digital Baru Daripada Maybank?

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.