Xiaomi Mi Mix menggemparkan dunia peranti pintar dengan rekaan hampir skrin sepenuhnya. Rekaan Mi Mix ini menjadi inspirasi untuk rekaan LG G6 dan Samsung Galaxy S8 yang turut mempunyai nisbah skrin kepada panel hadapan yang tinggi.

Hari ini peranti Maze Alpha diumumkan oleh syarikat Maze yang berpangkalan di Shenzen. Seperti Mi Mix ia mempunyai rekaan bazel yang nipis dan hampir skrin sepenuhnya. Berbeza dari Mix, Alpha dilengkapi dwi-kamera pada panel belakang dengan sensor buatan Sony. Tiada maklumat lain mengenai spesifikasi dikongsi buat masa ini kecuali ia akan menggunakan Android Nougat.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.