Jenama LevelUp sedia digunakan oleh pihak MDEC dalam mempromosikan acara permainan video dan komuniti disebaliknya – termasuk dikalangan pembangun permainan video, pemilik syarikat permainan video, mentor, dana, pelabur dan sebagainya.

Kini, dalam usaha untuk memudahkan semua dalam komuniti ini berhubung antara satu sama lain, MDEC dalam perancangan untuk membuka pusat khusus dinamakan Level Up Inc.

Level Inc

Level Up Inc ingin menjadi salah satu pusat komuniti untuk mereka yang terlibat dalam arena permainan video. Ia bakal menawarkan akses kepada mentor, dana, bantuan dan sebagainya, meallui pusat setempat di Bangsar South.

Level Up Inc ini dijangka dibuka secara rasminya pada bulan Ogos 2017 ini. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya ketika pelancarannya pada Ogos kelak.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.