MDEC Komited Dalam Menyediakan Bakat Digital

Kemunculan Revolusi Perindustrian Keempat dan keinginan negara untuk mengembangkan pertumbuhan ekonomi digital telah menyebabkan permintaan para pekerja dalam sektor teknologi digital semakin meningkat. Walaupun semua sektor dikatakan sangat memerlukan bakat tetapi teknologi digital adalah unik kerana ia menjadi fast-moving sector dan sukar untuk tidak hanya mencari bakat yang mencukupi, tetapi juga tenaga kerja yang tepat dengan set kemahiran yang tepat pada waktu yang tepat.

“Kami telah diberikan kepercayaan untuk menarik pelaburan ke negara ini.”
Siti Norliza Mohd Sahar
Director of Talent, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Menurut beliau, pelabur yang berminat terhadap ekonomi malaysia bertanya sama ada negara Malaysia mempunyai tenaga kerja yang mencukupi untuk digunakan.

Kredit Imej: NST

Untuk menghasilkan graduanterbaik dalam teknologi digital, MDEC dan Kementerian Pelajaran telah memberikan status pengiktirafan kepada institusi pengajian tinggi terpilih yang dipanggil Universiti Premier Digital Tech Universities (PDTU) dan Preferred Digital Tech Polytechnics (PDTP).

13 buah institusi pengajian tinggi telah menerima pengiktirafan ini pada Ogos tahun lepas atas sebab kualiti dan komitmen mereka dalam menawarkan kursus teknologi digital.

8 buah Premier Digital Tech Universities (PDTU) ialah –

1) Universiti Malaya.
2) Universiti Teknologi Malaysia.
3) Universiti Teknologi Mara.
4) Multimedia University.
5) Tunku Abdul Rahman University College.
6) Sunway University.
7) Taylor’s University.
8) Asia-Pacific University.

5 buah Preferred Digital Tech Polytechnics (PDTP) ialah –

1) Politeknik Balik Pulau (Penang)
2) Politeknik Mersing (Johor)
3) Politeknik Sultan Idris Shah (Selangor)
4) Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (Terengganu)
5) Politeknik Ungku Omar (Perak).

“Sekiranya graduan dari lapan universiti terbukti sangat berpengalaman, terutamanya dalam sektor teknologi digital, model itu boleh direplikasi di institusi lain – satu inisiatif yang boleh diambil oleh kementerian supaya ada saluran bakat yang mampan dalam industri.”
Siti Norliza Mohd Sahar
Director of Talent, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Program PDTU juga berharap untuk menyediakan “Green Lane” untuk pelajar-pelajar kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran untuk mendaftarkan program-program sektor digital di PDTU.

“Kami berharap agar pelajar-pelajar fast-track mengikuti kemahiran inovatif dari program #mydigitalmaker kami ke lapan buah universiti. Sekiranya kita tidak mengambil peluang ini, mereka mungkin tidak menggunakan teknologi digital dan kita akan kehilangan pelaburan kita dalam mempersiapkan pelajar-pelajar ini dengan ilmu teknologi digital.”
Siti Norliza Mohd Sahar
Director of Talent, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Pada 29 dan 30 September 2018 ini MDEC bakal mengadakan acara #mydigitalmaker di mana ia merupakan sebuah inisitatif dari 3 identiti berbeza (awam-swasta-akademik) bersama-sama mahu mengubah belia Malaysia dari menjadi pengguna digital kepada pembangun dalam ekonomi digital.

Di dalam acara ini terdapat pelbagai aktiviti kemahiran dianjurkan seperti coding, app development, 3D printing, robotics, embedded programming dan data analytics. Dimana kesemuanya akhirnya dapat membantu mengukuhkan jalan penyelesaian masalah dan kreativiti di kalangan generasi masa depan Malaysia.

Lawati website/facebook/instagram MYdigitalmaker untuk maklumat lebih lanjut.

Sumber Asal

sumber artikel : otakit.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.