MDEC kini telah mengumumkan pelancaran kempen “Shop Malaysia Online” bermula dari 1 Ogos hingga ke akhir September 2020 ini. Melaluinya, kerajaan bekerjasama dengan sektor swasta dalam usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi digital pascar Covid-19 – sekaligus mengalakkan rakyat berbelanja secara atas-talian.

Melalui kempen “Shop Malaysia Online”, sejumlah kod promosi dan baucar diskaun disediakan oleh platform edagang tempatan. Pengguna boleh menebusnya atau menggunakannya dalam lebih berjimat ketika berbelanja.

Shop Malaysia Online

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan akan memperuntukkan sebanyak RM70 juta untuk melaksanakan kempen ini. Pada masa yang sama, rakan edagang yang bekerjasama juta turut akan memperuntukkan jumlah lebih kurang sama – sekaligus mejadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM140 juta untuk kempen ini.

Sebanyak 22 rakan edagang bekerjasama untuk kempen ini, termasuk Boost, Carousell, ConfirmPlusChop, DeliverEat, Elokal, eRomman, FashionValet, Fave, FoodPanda, Grab, JOCOM, Kedai Matdespatch, Lazada, Lokein, Maybank, MyGroser, OURSHOP, PG Mall, Shopee, Touch n Go eWallet, Youbeli, dan Zalora.

Daripada pengamatan kami sendiri, beberapa platform edagang telah mula menghantar notifikasi melalui aplikasi untuk promosi dan kod diskaun mereka.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.