Media Prima Mengambil-Alih Pegangan Majoriti Vocket Pada Nilai RM2.6 Juta

Media Prima Berhad melalui Rev Asia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan mengambil-alih pegangan majoriti Vocket (sebanyak 52%) pada harga RM2.6 juta.

Vocket

Dengan pengambil-alihan ini, Vocket akan menjadi salah satu subsidiari milik Media Prima. Pengambil-alihan ini juga sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan Media Prima dalam arena kandungan bahasa Malaysia yang memfokuskan kepada gaya hidup.

Bagi yang tidak mengenali akan laman Vocket, ia merupakan salah satu penerbitan digital yang memfokuskan kepada generasi milenial dengan pelbagai kandungan meliputi percutian, gaya hidup, berita semasa dan sebagainya.

Vocket dijangka akan terus kekal beroperasi dibawah jenama yang sama seperti sedia ada buat masa ini. Dengan sumber daripada Media Prima, mereka dijangka akan terus mengukuhkan kedudukan dalam arena penerbitan digital di Malaysia.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.