Meizu selepas beberapa kali engacah kehadiran TWS yang menyokong pembatalan hingar aktif, akhirnya melancarkan secara rasmi produk audio ini. Ia digelar Meizu Pop Pro TWS, yang mana adalah pengganti kepada POP 2 dan POP2s.

TWS ini tidak dinafikan adalah satu lagi klon AirPods Pro, tetapi tangkainya dilihat sedikit lepar dan menggelembung. Pod pengecasan dan fon telinga sangat mirip dengan AirPods Pro. Tetapi harganya adalah mampu milik, iaitu RMB499 – sekitar RM312. TWS ini dipromosikan dengan tiga mikrofon untuk panggilan telefon yang lebih hebat, pembatalan hingar aktif serta kualiti bass yang lebih dalam.

Bateri dikatakan boleh bertahan selama 6.5 jam penggunaan secara terus dan 20 jam dengan pod pengecasan. Tetapi jika ANC digunakan, ia akan bertahan selama 4 jam sahaja. Sensor auto jeda apabila fon telinga dikeluarkan, kawalan sesentuh serta tambatan pantas semuanya disokong. TWS ini dilihat hanya dijual di China sahaja, dan berkemungkinan besar tidak akan dilancarkan secara global.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.