khabar angin yang tersebar awal bulan ini, telefon yang pertama yang menggunakan cip 10nm Mediatek iaitu Helio X30 kini sah menjadi milik Meizu PRO 7. Ia dilancarkan di China dan merupakan flagship terbaru daripada Meizu

Meizu PRO 7 (kiri) & Meizu PRO 7 Plus (kanan)

Keunikkan telefon ini adalah kehadiran paparan sekunder pada sebelah belakang di bawah kamera berkembar. Paparan tersebut menggunakan panel AMOLED seluas 1.9″dengan resolusi 240 x 536. Ia boleh digunakan sebagai skrin selfie ataupun mempamerkan notifikasi.

Kedua-dua kamera belakang Meizu PRO 7 memiliki sensor 12MP dengan apertur seluas F2.0. Salah satu daripada kamera itu mengambil gambar hitam putih sahaja.

Kamera depan Meizu PRO 7 menerima sensor 16MP dengan lensa berapertur F2.0

Pada papan utama, pengguna boleh menemui cip MediaTek sama ada MediaTek Helio P25 ataupun Helio X30 bergantung pada varian. Storan yang diberikan adalah bermula 64GB dan RAM bermula 4GB.

Panel SuperAMOLED bertindak sebagai paparan utama telefon ini dengan PRO 7 memiliki panel sebesar 5.2″ (FHD) manakala PRO 7 Plus pula sebesar 5.7″ (QHD).

Satu lagi ciri menarik yang pasti menambat minat pengguna adalah kehadiran teknologi mCharge 4.0. Menggunakan konfigurasi 5V 5A, 25watt kuasa dialirkan masuk kedalam bateri 3,000mAh (PRO 7) dan 3,500mAh (PRO 7 Plus)

Sebanyak tiga varian PRO 7 dilancarkan iaitu:

  • PRO 7, Helio P25, RAM 4GB, Storan 64GB
  • PRO 7, Helio X30, RAM 4GB, Storan 128GB
  • PRO 7 Plus, Helio X30, RM 6GB, Storan 128GB

Meizu PRO 7 dilancarkan di China pada harga bermula RMB2,880 (RM1,829). Untuk maklumat lanjut, sila ke laman rasmi produk.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.