Jika anda mengikuti perkembangan teknologi dunia, anda sudah pasti arif, ataupun sekurang-kurangnya pernah mendengar kata-kata seperti Big Data, Internet of Things, machine-critical applications dan sebagainya.

Mellanox Technologies merupakan sebuah syarikat teknologi yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang seperti ini, dan mereka membina sistem-sistem seperti server untuk pusat data, suis rangkaian data, penyelesaian antara-sambungan dan sebagainya.

Menurut Charlie Foo, Timbalan Presiden dan Pengurus Besar Mellanox Technologies Asia Pacific & Japan, Malaysia merupakan sebuah destinasi yang sangat baik untuk bertapak di Asia Tenggara kerana pembangunan negara ini di arena ekonomi digital.

Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak baru sahaja mengumumkan pembangunan Digital Free Trade Zone (DFTZ) di Kuala Lumpur, dan Mellanox percaya bahawa mereka mempunyai kepakaran yang mampu mempercepat dan memperkasakan konsep DFTZ ini.

Mellanox Technologies merupakan syarikat pertama di dunia yang mempunyai kepakaran teknologi penyelesaian antara-sambungan dengan kelajuan 10Gbps, 25Gbps, 40Gbps, 50Gbps dan juga 100Gbps, dan menurut Charlie, Mellanox juga menguasai 86 peratus pasaran sistem antara-sambungan dengan kelajuan diatas 10Gbps.

Hong Mun Loong, Pengurus Negara Malaysia Mellanox Technologies berkata bahawa selain daripada syarikat-syarikat yang besar di Malaysia, mereka juga akan bekerjasama dengan pelbagai entiti yang lain, seperti kerajaan, institusi perbankan dan juga sektor pembelajaran tinggi untuk memudahkan lagi institusi-institusi ini untuk mempercepatkan lagi pekerjaan dan pembelajaran mereka.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.