Memantau Dan menganalisa laman web dengan google analytics

Google-Analytics-TutorialMungkin anda tertanya-tanya , bagaimana kah rangking sesebuah laman web itu di kira dan bagaimana anda boleh memantau laman web anda atau portal anda malah blog anda . Techsemut ingin berkongsi satu aplikasi yang diperkenalkan oleh pihak google . Aplikasi yang di beri nama google analytics ini boleh penulis katakan ianya adalah syarat wajib bagi seorang pentadbir web dan perniaga. Mana tidaknya , Dengan mengunakan aplikasi ini anda mampu menganalisa data yang berkaitan dengan pengunjung laman anda. Jika sebelum ini anda rasa lama anda sudah cukup hebat , cuba anda gunakan aplikasi ini dan lihat berapakah jumlah pengunjung setiap jam dan saat yang anda terima . Malah anda juga mampu mendapatkan maklumat peratusan perbezaan penguna yang datang semula atau pengguna baru . Malah tak lupa juga jantina , sumber mereka datang ke laman anda  dan kata kunci yang mereka gunakan dalam carian google untuk sampai ke laman anda.

Sekarang , anda bukan sahaja tahu bagaimana penerimaan dan jumlah pelawat yang hampir tepat dalam laman web anda . Anda juga dapat pengetahui perkhidmatan atau produk mana yang mendapat perhatian dan selalu di lihat oleh pelangan anda. Dengan mendapat data-data ini , kini anda mampu membuat keputusan yang lebih baik tentang apa yang pelangan anda perlukan dan manakah maklumat yang perlu anda komersialkan dan perhebatkan promosi.

Contoh Panel Laporan Yang memaparkan maklumat laman web anda

 

Jadi apa tunggu lagi , Jika anda seorang pentadbir laman web atau anda mempunyai laman web perniagaan yang memerlukan anda melihat prestasi laman anda. Jangan ketinggalan mengunakan perkhidmatan PERCUMA dari pihak google ini . Kini anda tidak lagi syok sendiri dalam membuat promosi dan memilih produk yang paling menguntungkan.

Latari

https://analytics.google.com

Write a Comment

view all comments

*